Home

BINA RUMAH ANDA DENGAN SELAMAT- BINA SENDIRI RUMAH ANDA
Dewasa ini, terdapat perang harga daripada kontraktor binaan untuk menawarkan pembinaan rumah yang termurah. Oleh yang demikian, kontraktor terpaksa mengabaikan tahap keselamatan, tahap quality, dan melanggar etika pembinaan itu sendiri.
Untuk mengatasi masalah ini, tuan/ puan perlulah mengetahuan serba sedikit ilmu pembinaan dan di dalam blog ini, kami terangkan dengan terperinci cara cara pembinaan yang betul. Jika tuan puan sendiri ingin menguruskan pembinaan rumah anda sendiri, maka tuan/ puan dapat berjimat puluhan ribu ringgit dan tuan/ puan boleh memilih sendiri bahan yang akan digunakan seperti mosek, jenis cat dan sebagainya.
Di sini saya membuat contoh pengiraan serba sedikit mengenai pembinaan rumah tidak termasuk nilai Tanah.
Sebagai contoh anda ingin membina rumah dengan keluasan 1600 kaki2. Biasanya harga untuk rumah biasa adalah rm120 perkaki. Maka harga keseluruhan rumah adalah RM192,000.00 tidak termasuk harga material yang hendak di tukarkan seperti saiz mosek, cat yang lebih baik (contoh: antibaktiria). Jika tuan/ puan ingin menukar material kadar kos rumah makin meningkat.
Bagaimana anda ingin menguruskan pembinaan sendiri?. Disini saya terangkan dahulu keuntungan yang akan tuan/puan perolehi jika anda menguruskan sendiri atau melantik seseorang untuk menguruskan pembinaan rumah anda.
1) Harga untuk lukisan pembinaan berserta kelulusan bagi rumah 1600 kaki persegi
                                                                                                              RM  6,000.00
2) Kos tukang- bayar per kaki                                                          RM 35,200.00
3) Kos membeli barang binaan (contoh)                                          RM 110,800.00 
4) Kos Pengurusan (Kami tawarkan 5%)                                         RM    7840.00
5) Kos Luar jangka (3%)                                                                    RM    4740.00
  Jadi kos keseluruhan jika anda sendiri mengurus dengan melantik pengurusan adalah RM164,580.00 iaitu terdapat perbezaan sebanyak RM27,000. Tapi perlu di ingat anda sendiri dapat memilih sendiri material yang tuan/ puan mahukan.  
UNTUK KETERANGAN LANJUT HUBUNGI KAMI DI 0179880089

No comments:

Post a Comment