Ujian proba mankistosh in sangat penting dijalankan untuk mengetahui kedalaman asas tapak yang patut dibina. Kebanyakkan kontraktor sekarang tidak menjalankan ujian ini dan ini boleh meneyebabkan berlakunya mendapan, dinding pecah, lantai crack dan sebagainya.
Ujian ini perlu dilakukan untuk mengetahui kekuatan galas Tanah. Alat ini dikategorikan sebagai meter tusuk ringan.
Alat ini terdiri daripada pengetuk seberat 4.5 kg, dan rod sepanjang 120mm yang berdiameter 25mm serta bersudut 600. Pengetuk akan dilantak setiap satu kaki (300mm) dan bilangan hentakkan akan dikira. Kedalaman maksimum ujian ini dapat dilakukan adalah sedalam 60 kaki.
Hasil ujian ditafsirkan dalam bentuk kekuatan galas tanah. Nilai kajian ini diperlukan untuk mengetahui kedalaman asas tapak yang perlu di bina.
Tafsiran kekuatan galas dibuat menggunakan formula yang telah ditentukan atau menggunakan graf yang disediakan.
- ketukkan kurang drp 10 ----------------- tanah sangat lemah.
- ketukan antara 10-40 ----------------- masalah enapan
- Ketukan lebih 40 -----------------tanah agak kuat untuk asas rumah.
Ujian proba sedang dijalankan
Ujian proba sedang dijalankan
contoh keputusan ujian proba
Pengetuk 4.5kg
Rod sepanjang 1.2m
Untuk maklumat lanjut sila hubungi kami:
salam.
ReplyDeleteada buat untuk company lain x?
rate berapa sekali report?
salam tuan kami ada buat soil test tu tuan utk company lain kos tu tgk pada dekat jauh site tuan .Kalau dekat dlm RM 500 utk 1 report berminat blh hubungi kami 01151643414
DeleteIt's useful for students ✨
ReplyDelete