Saturday, 5 July 2014

PEMBINAAN TIANG

Tiang merupakan salah satu komponan kerangka struktur. Tujuan tiang dibina supaya dapat menanggung beban daripada lantai dan rasuk dan beban ini dipindakkan kepada asas tapak. Keselamatan bangunan biasanya bergantung kepada kekuatan tiang itu sendiri. Kebanyakkan kejadian runtuhan bangunan adalah di sebabkan oleh kelemahan di dalam componan tiang itu sendiri. Jadi pembinan tiang ini amat penting di bina mengikut stardard yang telah ditetapkan.
 
Dalam pembinaan tiang ini terdapat 4 peringkat iaitu.
  1. Penandaan lokasi tiang.
    • Sebelum pemasangan tiang dijalankan kedudukkan tiang hendaklah dikenalpasti mengikut lukisan pembinaan. Kedudukkan tiang ini biasanya  dikenalpasti mengunakan marking di atas lantai
  2. Kerja kerja besi untuk tiang
    • Selepas kedudukkan tiang dikenalpasti, ikatan besi yang telah siap diikat dengan besi link di dirikan terlebih dahulu dan di ikat dengan dawai dengan besi sediaada.
  3. Membina kotak bentuk
    • Selepas rebar di dirikan, pemasangan kotak bentuk dijalankan dan pastikan kotak bentuk ini dipasang tegak dan boleh diperiksan dengan mengunakan plum.
  4. Konkrit Tiang
    • Dan akhir sekali adalah menjalankan kerja kerja konkrit. Sebelum kerja kerja konkrit ini dijalankan kotak bentuk hendaklah ditebuk dan dimasukkan rebar 10mm sepanjang 2' (sila pastikan besi ini sepanjang 2', biasanya kontraktor meletakkan tidak sampai  2'). Tujuan besi ini diletakkan adalah untuk menguatkan ikatan batu bata supaya dinding bangunan tidak menjadi retak. Rebar ini hendaklah dipasang setiap 4 biji batu bata.

Besi tiang yang siap diikat dengan menggunakan link untuk dipasang di tapak
 
 
 


 

Saturday, 28 June 2014

IKATAN BATU BATA (BRICK LAYING)

Pada hari ini, saya akan menerangkan secara terperinci bagaimana kerja kerja ikatan batu bata.
Kerja kerja ikatan batu bata ini melalui beberapa proses iaitu:
  • Pekerja hendaklah membuat tanda 'marking' terlebih dahulu sebelum memulakan ikatan batu bata ini.
  • Jika ikatan batu bata ini hendak di ikat di bahagian bawah bangunan, tukang hendaklah meletakkan damp proof course (DPC) (lapisan kalis lembab) bertujuan menyekat aliran air/lembapan dari Tanah meresap kedinding bangunan. Jika kontraktor gagal meletakkan DPC ini maka lama lama kelamaan akan menyebabkan pengelupasan cat pada dinding bangunan, serangan kulat dan lumut dan juga boleh menyebabkan kerosakkan kepada struktur bangunan. Harga segulung DPC lebih kurang RM75.00.  (PERHATIAN: RAMAI KONTRAKTOR TIDAK MEMASANG DPC INI).
Contoh DPC
 
Lokasi DPC yang patut dipasang

Cara cara memasang DPC

Contoh pemasangan DPC di tapak

Tempat yang sepatutnya di pasang DPC
 
  •  Batu bata ini di ikat dengan mengunakan simen mortar yang terdiri daripada campuran pasir kasar dan simen dengan nisbah 3:1 dan campurkan sedikit air dan gaul sehingga sebati. 

Ikatan mengunakan simen mortar



 
  •  Seterusnya bolehlah memasang batu bata. dan setiap 4 lapis batu bata kontraktor hendaklah memasang dawai exmet. Exmet ini mesti di sapu dengan minyak supaya tidak berlaku pengaratan terhadapnya. Tujuan pemasangan exmet ini adalah untuk menjadikan dinding bangunan lebih kukuh dan menghalang berlakunya keretakan ke atas struktur dinding.
Contoh Exmet

Cara cara Pemasangan

Contoh pemasangan

Pemasangan Exmet setiap 4 lapis batu bata
 




Wednesday, 25 June 2014

TIANG PENDEK (COLUMN STUMP)

Tiang adalah satu struktur yang biasanya menanggung daya mampatan. Salah satu tiang itu adalah tiang pendek yang akan menanggung beban dari segala komponen sesebuah rumah.. Tiang pendek ini dibina selepas kerja kerja asas tapak disiapkan (konkrit).

Komponan tiang pendek ini terdiri daripada besi (biasanya Y16 atau Y12 bergantung kepada sesebuah rumah yang hendak dibina), besi link (biasanya mengunakan R6) dan konkrit (biasanya mengunakan gred G25),

 



Tuesday, 24 June 2014

ASAS TAPAK (PAD FOOTING)

Asas tapak adalah merupakan komponen yang penting dalam proses pembinaan. Jika asas tapak ini tidak dibina dengan betul, kemungkian besar terdapat mendapan pada rumah dan berlakunya rekahan pada struktur bangunan dan sebagainya.

Tujuan Asas Tapak Di bina
  • Tujuan utama adalah untuk memindahkan beban keseluruhan bangunan kelapisan Tanah dibawah asas tapak.
  • Asas tapak dibina supaya tidak berlaku mendapan. Jika salah satu asas mengalami enapan, bahagian struktur serta dinding bangunan akan mengalami keretakkan. Jika lebih besar enapan, maka lebih besar keretakkan dihasilkan.
Kedalaman Asas.

Kedalaman asas tapak yang perlu dibina adalah dengan menjalankan ujian manchintosh proba JKR (baca ini) dan kedalaman minimum asas tapak adalah 1500mm. Kebanyakkan kontraktor hanya mengorek Tanah sedalam 1000mm sahaja dan ini boleh menyebabkan berlakunya keretakkan pada rumah.

Semasa kerja kerja konkret di jalankan, sila pastikan tiada air yang bertakung di dalam lubang.

**SILA AMBIK PERHATIAN, SESETENGAH KONTRAKTOR TIDAK MENJALANKAN KERJA KERJA LEAN CONCRETE**
 
Asas Tapak
 
Lubang untuk asas tapak siap dikorek
 

Sila pastikan air tidak bertakung semasa konkrit dijalankan
 

Kerja kerja mengepm air sebelum konkrit dijalankan

Kerja kerja konkrit sedang dijalankan