Saturday, 28 June 2014

IKATAN BATU BATA (BRICK LAYING)

Pada hari ini, saya akan menerangkan secara terperinci bagaimana kerja kerja ikatan batu bata.
Kerja kerja ikatan batu bata ini melalui beberapa proses iaitu:
  • Pekerja hendaklah membuat tanda 'marking' terlebih dahulu sebelum memulakan ikatan batu bata ini.
  • Jika ikatan batu bata ini hendak di ikat di bahagian bawah bangunan, tukang hendaklah meletakkan damp proof course (DPC) (lapisan kalis lembab) bertujuan menyekat aliran air/lembapan dari Tanah meresap kedinding bangunan. Jika kontraktor gagal meletakkan DPC ini maka lama lama kelamaan akan menyebabkan pengelupasan cat pada dinding bangunan, serangan kulat dan lumut dan juga boleh menyebabkan kerosakkan kepada struktur bangunan. Harga segulung DPC lebih kurang RM75.00.  (PERHATIAN: RAMAI KONTRAKTOR TIDAK MEMASANG DPC INI).
Contoh DPC
 
Lokasi DPC yang patut dipasang

Cara cara memasang DPC

Contoh pemasangan DPC di tapak

Tempat yang sepatutnya di pasang DPC
 
  •  Batu bata ini di ikat dengan mengunakan simen mortar yang terdiri daripada campuran pasir kasar dan simen dengan nisbah 3:1 dan campurkan sedikit air dan gaul sehingga sebati. 

Ikatan mengunakan simen mortar



 
  •  Seterusnya bolehlah memasang batu bata. dan setiap 4 lapis batu bata kontraktor hendaklah memasang dawai exmet. Exmet ini mesti di sapu dengan minyak supaya tidak berlaku pengaratan terhadapnya. Tujuan pemasangan exmet ini adalah untuk menjadikan dinding bangunan lebih kukuh dan menghalang berlakunya keretakan ke atas struktur dinding.
Contoh Exmet

Cara cara Pemasangan

Contoh pemasangan

Pemasangan Exmet setiap 4 lapis batu bata
 




Wednesday, 25 June 2014

TIANG PENDEK (COLUMN STUMP)

Tiang adalah satu struktur yang biasanya menanggung daya mampatan. Salah satu tiang itu adalah tiang pendek yang akan menanggung beban dari segala komponen sesebuah rumah.. Tiang pendek ini dibina selepas kerja kerja asas tapak disiapkan (konkrit).

Komponan tiang pendek ini terdiri daripada besi (biasanya Y16 atau Y12 bergantung kepada sesebuah rumah yang hendak dibina), besi link (biasanya mengunakan R6) dan konkrit (biasanya mengunakan gred G25),

 



Tuesday, 24 June 2014

ASAS TAPAK (PAD FOOTING)

Asas tapak adalah merupakan komponen yang penting dalam proses pembinaan. Jika asas tapak ini tidak dibina dengan betul, kemungkian besar terdapat mendapan pada rumah dan berlakunya rekahan pada struktur bangunan dan sebagainya.

Tujuan Asas Tapak Di bina
  • Tujuan utama adalah untuk memindahkan beban keseluruhan bangunan kelapisan Tanah dibawah asas tapak.
  • Asas tapak dibina supaya tidak berlaku mendapan. Jika salah satu asas mengalami enapan, bahagian struktur serta dinding bangunan akan mengalami keretakkan. Jika lebih besar enapan, maka lebih besar keretakkan dihasilkan.
Kedalaman Asas.

Kedalaman asas tapak yang perlu dibina adalah dengan menjalankan ujian manchintosh proba JKR (baca ini) dan kedalaman minimum asas tapak adalah 1500mm. Kebanyakkan kontraktor hanya mengorek Tanah sedalam 1000mm sahaja dan ini boleh menyebabkan berlakunya keretakkan pada rumah.

Semasa kerja kerja konkret di jalankan, sila pastikan tiada air yang bertakung di dalam lubang.

**SILA AMBIK PERHATIAN, SESETENGAH KONTRAKTOR TIDAK MENJALANKAN KERJA KERJA LEAN CONCRETE**
 
Asas Tapak
 
Lubang untuk asas tapak siap dikorek
 

Sila pastikan air tidak bertakung semasa konkrit dijalankan
 

Kerja kerja mengepm air sebelum konkrit dijalankan

Kerja kerja konkrit sedang dijalankan
 
 

 



Monday, 23 June 2014

KERJA MENGOREK LUBANG ASAS TAPAK

Selepas kedudukan tapak dikenalpasti, kerja kerja membina (memagar) site rail (lihat gambar) dengan mengunakan kayu 1"x2". Daripada site rail ini kita akan dapat menandakan kedudukkan asas tapak dengan mengunakan benang. Tandakan kedudukkan asas tapak ini dengan mengunakan kayu. Selepas itu tandakan keluasan tempat untuk di korekkan dengan menggunakan semen.

Selepas itu bolehlah mengali lubang dengan menggunakan jentolak serbaguna (backhoe). Kedalaman asas tapak ini hendaklah tidak kurang daripada 1500mm (5 kaki) dan bergantung keputusan ujian  manchitosh probe. (lihat post)

Site Rail

Lubang yang siap di korek

 
 
Kedalaman Tanah yang perlu dikorek




Sunday, 22 June 2014

MEMOTONG DAN MENAMBUN TANAH

Pada posting kali ini saya akan bincangan sebab sedikit mengenai potongan aras Tanah dan menambun Tanah sehingga ke aras untuk pembinaan. Potongan tapak akan dilakukan apabila aras yang lebih tinggi daripada aras rumah yang hendak di bina. Tapak yang sudah di potong biasanya telah sedia padat dan hanya perlu dicerunkan sahaja.

Manakala menimbun Tanah adalah untuk aras tapak yang lebih rendah daripada aras untuk pembinaan. Selepas menimbun, kerja kerja pemandatan perlu dilakukan supaya Tanah tadi tidak mendap dan boleh mendatangkan masalah kepada pembinaan nanti.


kerja kerja memotong Tanah
 
 



UJIAN PROBA MANKISTOSH JKR

Ujian proba mankistosh in sangat penting dijalankan untuk mengetahui kedalaman asas tapak yang patut dibina. Kebanyakkan kontraktor sekarang tidak menjalankan ujian ini dan ini boleh meneyebabkan berlakunya mendapan, dinding pecah, lantai crack dan sebagainya.
 
Ujian ini perlu dilakukan untuk mengetahui kekuatan galas Tanah. Alat ini dikategorikan sebagai meter tusuk ringan.

Alat ini terdiri daripada pengetuk seberat 4.5 kg, dan rod sepanjang 120mm yang berdiameter 25mm serta bersudut 600. Pengetuk akan dilantak setiap satu kaki (300mm) dan bilangan hentakkan akan dikira. Kedalaman maksimum ujian ini dapat dilakukan adalah sedalam 60 kaki.
 

Hasil ujian ditafsirkan dalam bentuk kekuatan galas tanah. Nilai kajian ini diperlukan untuk mengetahui kedalaman asas tapak yang perlu di bina.
 

Tafsiran kekuatan galas dibuat menggunakan formula yang telah ditentukan atau menggunakan graf yang disediakan.
 
  • ketukkan kurang drp 10 -----------------  tanah sangat lemah.

  • ketukan antara 10-40      ----------------- masalah enapan

  • Ketukan lebih 40            -----------------tanah agak kuat untuk asas rumah.

Ujian proba sedang dijalankan

Ujian proba sedang dijalankan

contoh keputusan ujian proba

Pengetuk 4.5kg

Rod sepanjang 1.2m

 


Untuk maklumat lanjut sila hubungi kami:

PEMBERSIHAN TAPAK

Pada peringkat permulaan pembersihan tapak akan melibatkan kerja kerja membuang tumbuh tumbuhan daripada tapak asal dan biasanya kerja kerja ini di lakukan dengan mengunakan jentolak.
Ini bagi mengelakkan tumbuh tumbuhan yang mereput itu meninggalkan rongga rongga yang boleh menyebabkan mendapan.
 
Pembersihan tapak sedang dijalankan

Pembersihan tapak sedang dijalankan
 

KADAR HARGA BAHAN BINAAN

Kadar Harga Bahan Binaan

Senarai harga barang untuk kerja kerja struktur
  • Simen (1 bag 50 kg)                                   - RM 17.50 per bag
  • Pasir Kasar                                                 - RM  90.00 per load
  • Batu Aggregate 3/4"                                  - RM 35.00 per ton
  • Besi Y12 |(40 kaki panjang)                      - RM 2700.00 per ton
  • Besi R6 (40 kaki panjang)                         - RM 2700.00 per ton (note: order 1/2 sahaja)
  • BRC A6 atau A8                                       - RM
  • Plywood 12mm(4'X8')- gred import         - RM 55.00 sekeping 
  • Kayu 1"X 2"                                              - RM 800.00 per ton
  • Kayu 2"X 3"                                              - RM 950.00 per ton
  • Paku 2"    sekotak 10kg                             - RM 35.00 sekotak
  • Paku 21/2" sekotak 10 kg                          - RM 35.00 sekotak
  • Dawai untuk ikat link                                - RM 12.00 segulung

Saturday, 21 June 2014

PROSES PEMBINAAN

  1. MEMBERSIHKAN TAPAK BINA (SITE CLEARING)
  2. MENAMBUNG ATAU MEMBUANG TANAH (CUT AND FILL)
  3. MEMBUAT UJIAN MANKINTOSH - UNTUK MENGETAHUIAN KEDALAMAN ASA TAPAK YANG HENDAK DIGALI.
  4. MENGALI ASAS TAPAK
  5. MEMBINA ASAS TAPAK
  6. MEMBUAT TIANG PENDEK SEHINGGA GROUND BEAM
  7. GROUND BEAM
  8. MASUKKAN TANAH DI DALAM GROUND BEAM UNTUK MEMBINA LANTAI BAWAH
  9. LANTAI BAWAH
  10. TIANG BAWAH
  11. BEAM DAN LANTAI ATAS
  12. TIANG ATAS
  13. BEAM BUMBUNG
  14. PEMASANGAN KEKUDA BUMBUNG DAN PEMASANGAN ATAP
  15. MEMASANG FRAME PINTU
  16. IKAT BATU BATA
  17. MEMASANG FRAME TINGKAP
  18. CONDUIT WIRING
  19. KERJA KERJA MELEPA
  20. KERJA KERJA KEMASAN LANTAI
  21. KERJA KERJA KEMASAN SILING
  22. KERJA KERJA MEMASANG PINTU DAN TINGKAP
  23. KERJA KERJA ELEKTRIK
  24. KERJA KERJA MENGECAT
  25. KERJA KERJA PEMBERSIHAN

PERKARA ASAS UNTUK BINA RUMAH SENDIRI

perkara-perkara yang perlu perlu untuk membina rumah anda.
  1. Tuan/puan mempunyai tanah atas nama sendiri atau nama isteri atau bersama suami dan isteri
  2. Tanah tersebut adalah untuk kegunaan bangunan. Jika tidak terpaksa menukar status Tanah tersebut
  3. Setelah Tanah telah mendapat status Bagunan, Tuan/Puan hendaklah melantik akitek (free land arkitek pun memadai) untuk membina pelan dan seterusnya mendapatkan kelulusan pembinaan daripada pihak majlis tempatan.
  4. Seterusnya melantik peguam dan meminjam lessen kontraktor (guna nama) biasanya kos meminjam lessen ini sekitar rm1000.00 sahaja.
  5. Seterusnya Tuan/ Puan perlu melantik subkontraktor untuk menyiapkan rumah anda. Biasanya kos upah subkontraktor sekitar rm18 hingga rm25 perkaki persegi mengikut kemasan rumah.
 

PENDAHULUAN

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
 
Coretan saya pada blog ini adalah ingin berkongsi ilmu untuk membina rumah di atas Tanah sendiri dengan kos yang menguntungkan dan yang penting sekali adalah tahap keselamatan rumah yang kita bina.
 
Pada waktu dan ketika ini, ramai kontraktor perumahan ingin memberikan perkhimatan mereka dengan kos yang terlampau tinggi, manakala ada yang memberi perkhimatan yang rendah tetapi mutu dan etika pembinaan itu sendiri di abaikan dan tidak mengikut prosedur pembinaan yang betul.
 
Blog ini akan dapat menolong tuan/ puan untuk membina rumah anda dengan kos yang lebih rendah dan pada masa yang sama mengikuti prosedur pembinaan yang betul.